Botol plastic PET lazim digunakan sebagai bekas untuk minuman-minuman kerana ia amat keras dan ringan. Ciri-ciri botol plastik tersebut menyebabkan ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai bekas minuman yang perlu dihantarkan kepada penjual lain seperti kedai runcit dan pasar raya. Selain itu, botol plastic PET juga mempunyai badan yang jelas dan telus yang boleh menonjolkan warna organic minuman tersebut. Kebanyakan syarikat atau penjual minuman memiliki mesin untuk membuat botol plastic kerana mereka mereka dan membuat botol yang unik untuk menonjolkan produk mereka. Dengan ini, mereka dapat membina jenama dengan bungkusan yang menarik perhatian orang ramai.
Buat masa sekarang, botol plastik boleh dibuat melalui beberapa cara seperti extrusion blow molding, injection blow molding, stretch blow molding, injection molding dan lain-lain. Dalam artikel ini, cara membuat botol plastik melalui injection blow molding sahaja yang akan dijelaskan kerana cara pembuatan ini lebih sesuai untuk botol plastic PET. Cara pembuatan yang lain lebih sesuai untuk bekas plastik yang lain seperti HDPE, LDPE dan lain-lain. Kilang kami menggunakan proses Injection Blow Molding tahap 2 – pembentukan botol.
Injection Blow Molding
Proses injection blow molding sebenarnya mempunyai 2 tahap: pembentukan preform dan pembentukan botol. Pembentukan preform merupakan proses dimana serpihan PET dicairkan dan dibentukkan kepada preform yang menyerupai test tube. Preform yang telah disejukkan kepada suhu bilik akan menjadi keras dan padat. Selepas itu, preform akan dipanaskan sekali lagi untuk proses pembentukan botol. Sini kami akan jelaskan proses pembuatan botol plastik dari preform sahaja, dimana tiga proses terlibat: Pemanasan, peniupan dan penyejukan.
1. Pemanasan
Preform akan dipanaskan semasa melalui terowong yang penuh dengan mentol panjang yang akan melepaskan suhu yang setinggi 270°C ~ 280°C. Proses ini memastikan preform akan dipanaskan secara rata kapada suhu dimana preform akan menjadi lembut. Proses ini amat penting untuk memastikan preform lembut tetapi tidak cair untuk proses peniupan. Dalam terowong, haba yang tinggi akan melembutkan preform secara rata supaya ia akan kembang dengan rata apabila angin yang mampat dimasukkan ke dalam preform. Sekiranya pemanasan preform tidak dilaksanakan dengan rata, ia akan pecah atau mempunyai kawasan yang putih akibat ketidakrataan kelembuatan preform.
2. Peniupan
Selepas keluar dari terowong haba, preform yang telah dilembutkan akan dikepit oleh dua Aluminum mold yang mempunyai bentuk botol plastik yang diinginkan. Salur masuk preform tidak akan diubah bentuk. Hanya badan yang akan diubah kepada bentuk yang direka. Selepas preform telah dikepit oleh dua Aluminum mold, jarum yang disambungkan kepada mesin memampat angin akan dimasukkan ke dalam preform melalui salur masuk preform. Angin yang telah dimampat akan mengembangkan preform yang lembut sehingga preform sentuh permukaan Aluminum di semua arah.
3. Penyejukan
Di dalam mold, banyak terowong sempit telah diukir untuk air mengalir. Pengaliran air amat penting untuk proses penyejukan kerana apabila plastic PET yang lembut dan panas sentuh permukaan mold yang sejuk, plastic PET akan mengalami proses penyejukan yang cepat. Proses ini akan mengeraskan plastik PET dan memastikan ia akan kekal dalam bentuk serupa dengan lubang dalam mold. Selepas itu, botol yang telah disejukkan akan dikeluarkan dan dibungkus untuk penjualan.
Akhir kata..
Proses pembuatan nampak senang kerana kami telah mengecualikan semua penyesuaian dan penyelengaraan mesin-mesin yang terlibat. Kadang-kala preform yang sampai tidak mempunyai ketebalan yang sama ataupun kualiti preform kurang baik. Berikut adalah alasan kadar penolakan yang tinggi dalam proses pembuatan botol plastic:
- Preform terlalu basah (pembekal gagal mengawal kandungan air dalam serpihan PET)
- Bahan PET tidak diagihkan secara rata keatas preform
- Terowong haba (suhu terlalu tinggi atau rendah)
- Konfigurasi mesin memampat angin yang tidak elok
- Suhu mold terlalu tinggi
- Pengaliran angin dalam mold
Sekiranya anda ingin membuat botol plastik reka bentuk anda sendiri, anda dicadang untuk berbincang dengan pengilang. Selain itu, reka bentuk botol plastik juga perlu diperiksa oleh pengilang kerana bentuk yang terlalu unik amat sukar dibuat dan mungkin akan menyebabkan kadar kegagalan dan penolakan pembuatan yang tinggi.